JANGAN LUPA KLIK SINI DULU YER

Thursday, April 22, 2010

DAH LAMA TAK UP DATE

LAMA TAK UP DATE BLOG SBB BERTEMU KENGKAWAN MASA SEKOLAH DI ALAM MAYA (FB LA TU). SERONOKNYA BILA BERTEMU KEMBALI.MACAM2 CERITA ADA.MASING- MASING DAH BERKELUARGA DAN ADA GAK YANG MASIH SOLO DAN TENGAH MENCARI LAGI...... APA- APA PUN WAKTU ZAMAN SEKOLAH MEMANG BEST. TAK DAPAT NAK DI LUPAKAN..... MOGA SUATU HARI NANTI KITA DI PERTEMUKAN.

Wednesday, April 14, 2010

FORM 5















Gambo masa form 5. seronoknya zaman sekolah dulu....
Mn pegi kengkawan yg ln.hanya sebahagian jer jumpa dlm FB

Sunday, April 4, 2010

ZIKIR


Perkataan ZIKIR ialah dalam bahasa Arab yang bererti atau membawa makna, "sebut" dan "INGAT".

Sebut itu baik pada mulut atau pun dalam hati.

Ingat itu ialah di dalam hati atau di dalam minda tentang sesuatu apa-apa yang disebutkan.

Sembahyang (solat), membaca al-Quran dan berpuasa juga termasuk dalam definasi "zikir" kepada Allah.

Tujuan zikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah, di mana bila kita mengingatkan kebesaranNya, maka dengan sendirinya pula kita tahu akan kedudukan dan martabat diri kita.

Hadis At-Turmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu Darda',"Tiadakah kuberitahukan kepada kamu tentang amal yang paling bersih disisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, lantas kamu memenggal leher mereka dan merekapun memenggal lehermu?"
Para Sahabat menjawab,"Khabarkan kepada kami."
Rasulullah S.A.W. pun bersabda,"zikrullah ."

"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadaMu dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu mengingkari- Ku." Al-Baqarah 152

"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." Al-Ahzab 41-42

"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." Surah Ab-Nisa' 103

Wednesday, March 31, 2010

AYAT SERIBU DINAR


Ayat seribu dinar biasanya dikenali sebagai pelaris atau

pemurah rezeki.

Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis

perniagaan agar perniagaanya maju.

Ramai juga yang membacanya setiap hari agar rezeki

bertambah.


Keberhasilan murah rezeki bukan hanya pada

menggantung ayat ini, juga bukan hanya pada

membacanya, tetapi pada MENGAMALKAN kandungan

ayat ini.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik

dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.





Terjemahannya :
Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah

akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan

memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di

hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada

Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan

( yang dikehendaki ) Nya.

Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi

tiap-tiap sesuatu.

Ringkasnya, jika ingin murah rezeki atau mendapat

rezeki yang tidak di sangka-sangka, caranya ialah TAQWA. - Klik Sini

SAKARATUL MAUT

Sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian.
Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti.
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan.

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut.
Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut" . (Riwayat Tirmizi)

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti.

“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”.

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.

Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti.

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita.

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah).

Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah).

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah.

“Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab”
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)

“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) - Klik Sini


Kepada Allah berserah.

MATI!!!!


Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati.

Hanya Allah jua yang maha mengetahui.

Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.


Antara persediaan yang boleh dilakukan :

- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.

- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.

- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.

- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.

- Sediakan wasiat.

- Banyakkan amal jariah.

- Ajarkan ilmu yang bermanfaat.

- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.

- Lunaskan hutang piutang.

- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.

- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Klik Sini


Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya. " (HR Muslim)

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

DOSA BESAR





Antara perkara-perkara Yang Menyebabkan dosa besar :

1. Syirik jali, kufur dan murtad.

2. Membunuh seseorang tanpa sebab yang sebenar.

3. Zina.

4. Liwat.

5. Merogol binatang.

6. Meminum minuman yang memabukkan.

7. Mencuri dengan kadar yang membolehkan dijatuhkan hukuman potong tangan.

8. Menuduh seseorang yang baik berzina.

9. Menjadi saksi dusta.

10. Merampas harta orang lain dengan tiada sebab yang membenarkanya berbuat demikian.

11. Lari daripada medan peperangan jihad.

12. Makan riba.

13. Memakan harta anak-anak yatim.

14. Mendurhaka kepada ibu bapa.

15. Mendusta ke atas Rasulullah s.a.w.

16. Menyembunyikan diri daripada menjadi saksi tanpa apa-apa keuzuran, sedangkan ia patut hadir untuk memberi keterangan.

17. Berbuka puasa Ramadan dengan sengaja, tanpa apa-apa keuzuran.

18. Bersumpah dusta.

19. Mendahulukan solat fardhu sebelum masuk waktunya atau melakukan solat fardhu selepas luput waktunya dengan sengaja tanpa apa-apa keuzuran syarie.

20. Memutuskan hubungan kekeluargaan dan silatulrahim dengan jiran dan kaum kerabat tanpa sebab-sebab yang di benarkan oleh syarak.

21. Menipu dalam sukatan timbangan barang, samada mengurang atau melebihkannya.

22. Sengaja meninggalkan solat fardhu tanpa apa-apa keuzuran syarie.

23. Menjatuhkan maruah seseorang Islam yang lain tanpa alasan yang di benarkan oleh syarak.

24. Menyumpah dan mengeji sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

25. Memberi dan menerima rasuah.

26. Menegah lelaki yang halal daripada masuk ketempat tidur isterinya.

27. Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam suatu majlis yang di tegah oleh syarak.

28. Mengadu kepada pemerintah atau pihak yang berkuasa supaya mengambil tindakan kepada seseorang tanpa alasan yang sebenarnya.

29. Enggan mengeluarkan zakat.

30. Melupakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang telah di hafalnya.

31. Membakar haiwan walaupun yang telah mati.

32. Mengamalkan ilmu sihir dan segala bentuk atau kaedah yang bersangkutan dengan khadam bersyarat serta mengajarkanya kepada orang lain.

33. Meninggalkan daripada menyuruh manusia supaya melakukan kebaikan dan tidak mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Padahal ia berkemampuan melakukan
perkara tersebut.

34. Isteri enggan melayani suaminya tanpa alasan yang munasabah atau isteri menderhaka kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.

35. Putus asa dengan rahmat Allah.

36. Tidak menghiraukan dengan kemurkaan Allah dengan sentiasa melakukan maksiat dan tidak pernah mengharapkan keampunan daripada Allah.

37. Zihar, iaitu menyerupakan isterinya dengan ibunya sendiri dari segi fizikal.

38. Memakan makanan dan minuman yang diharamkan tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak.

39. Memakan bangkai tanpa ada keuzuran syarak.

40. Namimah, iaitu memperlaga-lagakan kedua-dua belah pihak supaya bergaduh.

41. Mengumpat ke atas ahli-ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya dan menghafaz Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.