JANGAN LUPA KLIK SINI DULU YER

Wednesday, April 20, 2011

KEMBALI MENULIS DI BLOG

HUHUHU DAH LM TAK UP DATE BLOG.SAMPAI NAK BUKA N NAK CATAT APA2 PUN DAH TERLUPA.LM SGT TAK BUKA BLOG NI.TAH CE MANA HARI NI TERASA NAK UP DATE BLOG PLAK.PAS TU TERKIAL2 DAH LUPA MCM MN.HEHEHEHE.

ALHAMDULILLAH AKU DAN KELUARGA KU BERADA DI DLM KEADAAN SIHAT DGN IZIN ALLAH.SYUKUR ALHAMDULILLAH. BULAN NI RASANYA TAK BLK KAMPUNG.TGU CUTI SEKOLAH NATI LA BARU BLK.LM SKIT BOLEH CUTI....KALAU BALIK SABTU AHAD LETIH, MLM SABTU BLK N TGH ARI AHAD TU DAH NAK BLK SINI...HUHUHU KEJAP SGT...LG PUN NAJWA ADA KELAS GANTI HARI SABTU NIH.MGU DPN TU HUBBY LAK KENA OUT STATION.KIRANYA BULAN NI DOK CYBER JE LA.TAK KEMANA-MANA.KALU TAK SEBLN SEKALI MESTI BLK KPG TGK SALWA DI KPG.SIAN JUGA KAT DIA. DOK TYA BILA UMMI N ABAH NAK BLK.PAS TU SI ADIK MOHAMAD PUN DOK TYA KAKAK SALWA.DAH RASA RINDU LAH TU....

OK LAH NATI ADA CERITA BOLEH DI CORAT CORET LG.......

Tuesday, October 26, 2010

SIKSAAN PENGHUNI NERAKA YG PALING RINGAN

Daripada Nu'man Bin Basyir r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya siksaan penghuni neraka yang paling ringan ialah seorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka yang panasnya akan mendidihkan otak di kepalanya. ( Riwayat Bukhari Muslim )

SALAM

Nabi bersabda,"Kamu tidak akan dapat masuk Syurga sebelum kamu beriman dan kamu belum dikatakan beriman sebelum kamu mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan uutuk mengasihi satu sama lain? Amalkan memberi salam sesama kamu." (HR Muslim)

SAKARATUL MAUT

Sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian.
Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti.
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan.

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut.
Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti.

“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”.

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.

Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti.

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita.

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah).

Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah).

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah.

“Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab”
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)

“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) - Klik Sini


Kepada Allah berserah.



*
Link Tambahan :

Sakaratul Maut

Dahyatnya Sakaratul Maut

Sakaratul Maut dan Ganguan Iblis

Sakaratul Maut dan Husnul hotimah

Sakaratul Maut - Video kuliah Ustaz Ismail Kamus

MATI

Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati.

Hanya Allah jua yang maha mengetahui.

Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.


Antara persediaan yang boleh dilakukan :

- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.

- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.

- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.

- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.

- Sediakan wasiat.

- Banyakkan amal jariah.

- Ajarkan ilmu yang bermanfaat.

- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.

- Lunaskan hutang piutang.

- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.

- Sentiasa berperasaan khauf dan raja' (harap-harap cemas).

- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Klik Sini

Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

WUDUK

"Dari Abi Umamah ra berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, dia duduk dalam keampunan (diampunkan dosa-dosanya)." (HR Ahmad)

Thursday, June 10, 2010

CUTI SEKOLAH

EMMMM dah cuti sekolah....tapi tak boleh nak blk kampung tgk salwa.salwa pun tak leh nak dtg sini sbb atoknya byk keje urusan sekolah.sian salwa. Najwa lak cuti ni dok umah je la.buat keje sekolah yg cikgu dia bg.pas tu ikut abah dia gi surau, mengaji.tgk la kalu tak de hal mgu ni blk kpg.hari sabtu kerja....emmm soooooo cam ner tu...nak tgu mgu dpn sekolah pun dah nak buka.susah nak cuti kalu hari sabtu kene keje.kalu hari sabtu public holiday baru la leh nak amik cuti hr isnin tu.lm skit blk kpg.emmmmmmmmm